36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Banjir: 40,847 mangsa masih ditempatkan di PPS di Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BENCANA banjir yang melanda di negeri Johor sejak kira-kira dua minggu lalu masih mencatatkan seramai 40,847 mangsa banjir di 139 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi tadi.

Jumlah berkenaan menunjukkan sedikit pengurangan berbanding semalam iaitu seramai 41,661 mangsa yang ditempatkan di 142 PPS, pada pukul 8 malam semalam.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani, jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sejumlah 11,496 buah keluarga.

“Ketika ini, empat daerah masih terjejas akibat banjir dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa kekal Batu Pahat dengan seramai 39,256 mangsa, diikuti daerah Muar (781 mangsa), Tangkak (576 mangsa) dan Segamat (234 mangsa).

“Daerah lain yang sebelum ini terjejas telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah terlibat telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini .

Tambah Azmi, tiada amaran ribut petir serta hujan berterusan yang dikeluarkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi seluruh negeri Johor.

Sementara itu, Azmi berkata, paras air di lima sungai melibatkan Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar dan Empangan Bekok, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong dan Sungai Senggarang masih berada pada aras bahaya.

Menurutnya, bagi daerah Muar, Sungai Muar di Bukit Kepong berada pada aras 3.75 meter (m) manakala di Batu Pahat, Empangan Bekok berada pada aras 19.47m, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.40m), Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong (2.05m) dan Sungai Senggarang, Senggaran (3.63m).

“Selain itu, sebanyak 17 jalan masih ditutup di Segamat, Tangkak, Muar, Mersing, Kulai, Kluang dan Batu Pahat,” katanya.

Banjir di negeri itu bermula sejak 28 Februari lalu dan jumlah korban banjir kekal lima orang.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan