27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Banjir termenung selesai sebelum Ramadan – Onn Hafiz

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor sedang berusaha memastikan masalah banjir termenung, khususnya di daerah Batu Pahat dapat diselesaikan sebelum bulan Ramadan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beberapa pam air bergerak dihantar ke daerah tersebut bagi mengepam keluar air dari kawasan terlibat, antara Sri Medan, Parit Jelutong dan Parit Raja.

“Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan meninjau operasi pengepaman air banjir di Parit Jelutong, Pintu Air Sungai Senggarang dan Pintu Air Parit Asam Kumbang.

“Kerajaan negeri tidak mahu isu banjir termenung ini berlanjutan bagi tempoh yang lama seperti sebelum-sebelum ini. Pihak kerajaaan mahu isu banjir termenung di daerah ini dapat diselesaikan sebelum Ramadan yang bakal tiba ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar beliau, bagi mempercepat proses itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil pendekatan untuk mengepam keluar air di kawasan-kawasan tersebut.

Baca juga:   Banjir: ATM bantu calon SPM, guru ke pusat peperiksaan

“Sebanyak 61 pam air berkapasiti 2, 5, 10 dan 20 ‘cusec’ sedang beroperasi selama 24 jam, manakala 12 lagi pam air akan ditambah kemudian.

“Mengambil iktibar daripada kejadian berlaku, kerajaan negeri sedang mengusahakan alternatif lain untuk menyelesaikan isu ini termasuk mendalamkan sungai utama di daerah Batu Pahat.

“Misi pasca banjir Southern Volunteers juga akan melaksanakan kerja-kerja pasca banjir ini di daerah Batu Pahat bermula 19 Mac dengan kekuatan daripada 11 PBT (pihak berkuasa tempatan) selain daripada pertubuhan bukan kerajaan dan pihak korporat melibatkan seramai 531 sukarelawan,” katanya.

Baca juga:   Warga pendidik di Padang Besar diseru buat keputusan bijak

Johor dilanda banjir sejak 28 Februari lalu dengan kesemua 10 daerah terjejas banjir.

Setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 21,127 mangsa banjir di dua daerah iaitu Segamat dan Batu Pahat ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS).

-EDISI9

Wartawan

Terkini

BERSIH bidas lantikan politik Pengerusi GLC

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas dua perlantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti yang diumumkan Timbalan...

Lagi Artikel Berkaitan