24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mayat pendaki hilang Bukit Beruang ditemukan pasukan paranormal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki ditemui di Bukit Beruang, di Melaka, pada pukul 10.25 pagi hari ini dipercayai pendaki yang dilaporkan sesat dan hilang ketika mendaki bukit berkenaan, Selasa lalu.

Pasukan polis forensik, Kementerian kesihatan dan bomba sudah tiba di lokasi untuk melakukan siasatan lanjut, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Dalam satu perkongsian secara langsung di media sosial Facebook Jas inanansad solo menyatakan dia bersama Pemburu Malam Menjelma sudah pun memulakan pencarian dengan jarak pencarian sekitar 10 kilometer.

Menurutnya, mayat berkenaan ditemukan di sekitar anak sungai di trek lama bukit berkenaan.

“Minta (bantuan) talefon polis, bomba semua untuk ambil mayat. Kami tiada nombor pasukan penyelamat. Kita akan ‘stay’ sini untuk jaga jenazah (mayat).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihentikan semalam. Alhamdulilah, kita sudah menjumpai satu mayat,” katanya.

Dalam siaran langsung berkenaan juga Jas inanansad solo membuat panggilan talefon kepada pasukan penyelamat selepas memperoleh nombor berkenaan dari pengikut media sosialnya.

Advertisements

Ujar Jas lagi, kawasan penemuan agak tenang namun mereka telah diberikan beberapa petanda sebelum penemuan tersebut.

“Kita dah azankan lokasi ni. Dia ada 3 petanda… jumpa biawak besar menghala ke arah sini, kedua biawak juga berlari ke sini dan akhirnya burung berkicauan di atas pokok kayu tidak berhenti di atas sini.

“Walaupun dia bukan Islam, saya azankan juga dan saya baru buka botol ni (di lokasi) sebab saya pelik botol ni, selepas saya angkat botol ni saya jeling ke belakang ni betul-betul dia sudah terlungkup,” katanya.

Terdahulu, seorang peniaga Steven Tan Kim Huat, 45, sebelum ini dilaporkan mendaki bukit itu, pukul 4.30 petang Selasa lalu sebelum ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh apabila dia gagal dihubungi serta tidak pulang sehingga pukul 8.30 malam.

Pihak berkuasa kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula pukul 11.30 malam sama sehingga operasi dihentikan pukul 3 petang semalam selepas gagal menemui mangsa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan