26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Program kontroversi Jom Ziarah Gereja akhirnya batal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM kontroversi Jom Ziarah Gereja yang dijadualkan pagi tadi di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, sah dibatalkan.

Program berkenaan adalah satu inisiatif bawah ‘Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir dilaporkan berkata, program berkenaan tidak diadakan susulan keputusan Menteri KBS, Hannah Yeoh di Parlimen, baru-baru ini.

Selasa lalu, Hannah menjelaskan di Dewan Rakyat ketika ucapan penggulungan Belanjawan 2023, bahawa program berkenaan tidak akan membabitkan individu atau beliau beragama Islam dalam aktiviti ziarah gereja.

Menurut beliau, program berkenaan bukan bertujuan untuk memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.

“Mengenai pendaftaran Jom Ziarah Gereja, pihak kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan membabitkan penyertaan belia muslim dan tidak ada belia muslim yang akan memasuki gereja ini.

Advertisements

“Ia juga bukan dilakukan dengan niat memberi gambaran bahawa semua agama itu mempunyai taraf yang sama seperti anggapan beberapa pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam menegaskan, program seumpama itu merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Kerajaan Selangor turut melarang sama sekali penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain di negeri ini dan perlu mengikuti garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Program kontroversi itu juga mendapat tentangan dari Pemuda UMNO dengan desakan di media sosial supaya penganjur membatalkan program berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk turun dan menghalang sendiri program ini dijalankan dan mengambil tindakan menyaman NGO di bawah KBS itu serta agensi berkaitan jika desakan tidak diendahkan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan