27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Peruntukan tambahan RM150 juta pasca banjir di Johor – PM

Mesti Baca

KERAJAAN akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi projek pasca banjir di Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyaluran bantuan tersebut akan segera dibuat Kementerian Kewangan untuk projek pasca banjir dan membantu kerajaan negeri serta rakyat yang terjejas.

Katanya, keseluruhan mangsa yang terlibat dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencecah 82,831 orang namun sehingga kini terdapat 26,879 mangsa masih lagi ditempatkan di 102 PPS seluruh negeri.

“Kabinet beri keutamaan, memutuskan semua jentera kementerian melibatkan diri dalam program projek pasca banjir. Ada peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta daripada Kementerian Kewangan akan disegerakan.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga turun (melawat kawasan banjir di Johor) untuk kenal pasti projek pasca banjir bersama Menteri Besar Johor,” katanya.

Baca juga:   Bersatu Melaka seru ketepi kepentingan politik

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri memberitahu sebanyak 16,167 ketua isi rumah telah menerima wang ihsan sebanyak RM1,000.

Anwar dalam pada itu turut menyeru orang ramai khususnya badan bukan kerajaan (NGO), universiti, sukarelawan jabatan kerajaan dan sebagainya supaya segera turun membantu mangsa banjir di Johor.

“Saya menyeru semua NGO, universiti dan sukarelawan jabatan kerajaan turun dalam tempoh singkat ini untuk bantu mereka. Ini kerana beban (ditanggung) mereka tersangat besar untuk dikendalikan jentera yang ada di Johor.

Baca juga:   Ziyad tetap juara di hati Keluarga Malaysia, kata PM

“Saya telah hubungi Menteri Besar Selangor untuk beri bantuan segera. Kita sekarang memerlukan sukarelawan yg sangat ramai. Keperluan asas lain seperti water jet akan ditambah kerajaan,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

MARA harus tunai janji biayai pendidikan anak mangsa Tragedi Lahad Datu

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) harus menyempurnakan harapan dan janji yang dilakukan oleh kepimpinan atau pengurusan waktu itu untuk membiayai...

Lagi Artikel Berkaitan