26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Tidak salah Muslim lawat rumah ibadat agama lain – Syed Saddiq

Mesti Baca

PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor melarang umat Islam mengunjungi rumah ibadat agama lain.

Beliau berkata, anak muda Muslim sepatutnya dibenarkan mengunjungi rumah ibadat agama lain bagi membantu mereka kenal dengan lebih dekat lagi amalan golongan bukan Islam.

Katanya, beberapa pemimpin agama termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga pernah melawat pelbagai gereja sebagai simbol hormat dan toleransi di Malaysia.

“Selama ini pun, saya banyak melawat kuil, gereja, tokong dan banyak membawa rakan-rakan bukan Islam datang ke masjid. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga telah melawat kuil sewaktu Thaipusam sebagai tanda hormat dan toleransi.

“Berlapang dadalah sedikit. Bagaimana anak-anak kita ingin hidup dalam masyarakat yang harmoni jikalau mereka tidak memahami budaya dan amalan yang lain,” katanya hari ini.

Baca juga:   Syed Saddiq didakwa kerana satu undi di Parlimen?

Syed Saddiq mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengenai larangan umat Islam di Selangor mengunjungi rumah ibadat agama lain.

Mohd. Zawawi berkata, walaupun menyambut baik program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO), namun program itu hendaklah mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, sebagai Presiden MUDA, dia mahu semua ahlinya yang beragama Islam untuk turut sama melawat rumah ibadat agama lain.

Baca juga:   Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

“Adakah (salah) melawat tempat agama lain, melihat seni binanya, memahami sejarahnya? Saya yakin tidak. Malaysia teguh kerana keunikkan kita. Dengan perpaduan makmurlah kita.

“Sebagai Presiden MUDA, saya menyerusi semua lebih 100,000 ahli untuk melawat mana-mana rumah ibadat. Sebab ini adalah rumah kita bersama selamanya,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan