29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong berangkat ke majlis ‘reunion’ kadet RMA Sandhurst

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam sempena perjumpaan semula bersama para rakan kadet Royal Military Academy (RMA) Sandhurst di Kuala Lumpur, malam tadi.

Tuurt berangkat mengiring, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut 13 rakan kadet Intake SMC 19 yang telah menjalani latihan bersama Baginda di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom pada tahun 1978 dan 1979.

“Mereka telah tiba dari United Kingdom semalam bagi lawatan ke Malaysia atas undangan Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan Istana Negara hari ini.

Dalam majlis santapan tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan beramah mesra, bertanya khabar dan mengimbau kenangan manis ketika sama-sama menjalani kursus di akademi tersebut.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke majlis ini mencerminkan keperibadian tinggi Baginda dan keakraban serta keutuhan semangat setia kawan yang telah terjalin sejak lebih 40 tahun lalu,” katanya.

Untuk rekod, RMA Sandhurst di London adalah sebuah instituti latihan ketenteraan terkemuka dunia yang amat terkenal dalam pembangunan kepimpinan dan latihan asas pegawai tentera darat.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan