27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ismail Sabri doa negara terus stabil, ekonomi mampan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri yang baharu dan mendoakan kerajaan baharu dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia yang menyokong beliau sepanjang 15 bulan pentadbirannya.

Mereka termasuk para penjawat awam serta petugas-petugas barisan hadapan yang sentiada bersama-sama beliau selama ini.

“Saya amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbiran saya, dalam mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas mendapat titah pandangan Raja-raja Melayu.

Advertisements

Pelantikan beliau itu selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Parlimen dalam keadaan tergantung sejaka Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ekoran tiada parti atau parti gabungan mendapat majoriti mudah sehinggalah Seri Paduka Baginda mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan membabitkan beberapa parti gabungan lain.

Ini memastikan kemelut politik negara tidak lagi berterusan dan kerajaan boleh menumpukan kepada masalah rakyat terutama isu ekonomi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan