25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

[RASMI] : Muhyiddin kuasai Pagoh, kekalkan kemenangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal memenangi P13 Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan calon PN itu memperolehi sebanyak 24,986 undi bagi P143 Pagoh meninggalkan dua calon yang lain.

Kerusi Parlimen Pagoh memperlihatkan Muhyiddin bertanding bersama calon Barisan Nasional, Datuk Seri Razali Ibrahim yang memperolehi 14,426 undi.

Advertisements

Sementara, calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman mendapat 14,979 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengundi berdaftar bagi kerusi parlimen berkenaan adalah seramai 69,939 dengan jumlah undi sebanyak 42,618.

Dengan kemenangan besar itu, memperlihatkan Muhyiddin yang juga penyandang bagi kerusi parlimen tersebut, sekali lagi menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Safiq Rahim pula jadi mangsa keganasan bola sepak

MAKIN menjadi-jadi. Selepas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan individu tidak bertanggungjawab...

Lagi Artikel Berkaitan