26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

KJ mendahului di Sungai Buloh, Syed Saddiq ‘selesa’ di Muar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERUSI ‘panas’ yang paling dinanti-nanti P.107 Sungai Buloh, setakat pukul 9.28 malam tadi, jumlah undi tertinggi dimiliki oleh calon dari Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy mendahului dengan 2,584 undi dan diekori rapat calon daripada Pakatan Harapan (PH), R. Ramanan 2,197 undi setakat ini.

Setelah berjaya berkhidmat untuk penduduk di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, Khairy yang beralih ke Parlimen Sungai Buloh dan buat pertama kalinya bertanding di kerusi panas tersebut, boleh tersenyum dengan keputusan tidak rasmi setakat ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi Parlimen Sungai Buloh dimenangi R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.

Advertisements

Pada PRU14 lalu, daftar pemilih untuk Parlimen Sungai Buloh adalah 90,707 dan jumlah itu bertambah menjadi 158,090 bagi PRU15.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ‘selesa’ di P.146 Muar dengan 19,961 jumlah undi.

Calon MUDA itu, diekori rapat calon daripada Perikatan Nasional (PN) Abdullah Hussin dengan 18,616 undi.

Calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen tersebut pula mendapat 14, 581 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan