25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muhyiddin nafi meterai kerjasama bersama PH

Beliau menafikan kenyataan media palsu yang tular kononnya kedua-dua gabungan itu akan bekerjasama.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan gabungan pimpinannya memeterai kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) dan akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau menafikan kenyataan media palsu yang tular kononnya kedua-dua gabungan itu akan bekerjasama.

“Kenyataan media tersebut adalah palsu,” katanya ringkas dalam Facebook sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut memuatnaik kenyataan media didakwanya palsu berkenaan dalam hantaran terbabit.

Antara isi kandungan kenyataan media berkenaan adalah menyatakan Barisan Nasional (BN) adalah lawan yang wajib dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) supaya kleptokrat tidak boleh kembali ke Putrajaya.

Kenyataan itu juga mengatakan PN melalui beberapa siri perbincangan bersetuju dengan syarat kerjasama yang diletakkan oleh Anwar yang juga Pengerusi PH.

Menurut kenyataan media yang didakwa palsu itu, selain PN menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, PN pula diperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 kepada Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin, manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Kanan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan