26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Amirudin, Faizal Azumu, Tok Mat mendahului jumlah undi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Selangor mendahului jumlah undi di Parlimen Gombak.

Setakat pukul 8.20 malam, undi calon Pakatan Harapan (PH) itu, Datuk Seri Amirudin Shari mendahului 4,000 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin mendapat 12,687 undi berbanding 8,157 kepada Mohamed Azmin.

Calon Barisan Nasional, Datuk Megat Zulkarnain mendapat 5,220 undi setakat ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului di Parlimen Tambun.

Kiraan tidak rasmi menunjukkan calon Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 3,042 undi selepas 12 saluran dikira setakat jam 8.30 malam.

Advertisements

Calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 1,500 undi.

Sementara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat 1,074 undi.

Calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir ketika ini mendapat sebanyak 32 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului agak selesa di Parlimen Rembau dengan mendapat 6,827 undi.

Jufitri Joha dari PH setakat ini, mendapat 2,956 undi untuk parlimen tersebut, setakat 8.59 malam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan