29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Terima kunjungan 2.5 juta per saat punca gangguan MYSPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAMAN sesawang MySPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalami gangguan pada capaian aplikasi ekoran sejumlah 2.54 juta pengguna per saat pengguna cuba mengakses laman sesawang tersebut.

SPR dalam kenyataannya berkata, pihaknya sedang berusaha memaksimumkan jumlah capaian bagi server tersebut untuk mengatasi masalah itu.

“MySPR Semak mendapat hits yang terlampau tinggi sehingga melepasi 2.5 juta per saat, sekali gus menyebabkan berlakunya kesesakan dan gangguan pada capaian aplikasi dan portal MySPR Semak.

“Sebagai alternatif, para pengundi boleh mendapatkan maklumat pengundian dengan menelefon talian hotline SPR di 03-8892 7218 atau menyemak dibarung SPR di semua pusat mengundi,” ujarnya.

Advertisements

Terdahulu, laman web SPR tidak dapat dilayari sejak petang semalam, menyebabkan orang ramai tidak dapat menyemak lokasi dan saluran mengundi.

Keadaan itu berlaku sehingga pukul 10 pagi tadi dan mendapati laman web MySPR Semak masih belum dapat diakses.

Laman web berkenaan tergendala akibat pengguna yang terlalu ramai akhirnya boleh diakses sekarang ini.

Bagaimanapun, dalam sekitar pukul 3 petang tadi,laman web itu mula boleh dilayari pengguna. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan