24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lagi suami isteri maut kemalangan, anak yatim piatu sekelip mata

Empat kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pasangan itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAGI insiden kemalangan maut membabitkan sepasang suami isteri kali ini di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Kampung Paya Bungor, Kuantan, Pahang, petang tadi.

Dalam kejadian berkenaan kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu bersama empat kanak-kanak terbabas melanggar sebatang pokokkira-kira pukul 3.13 petang.

Difahamkan, dalam kejadian itu, empat kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pasangan itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pasangan maut itu dikenali sebagai Mohamad Shafiq, 33, dan Faieznoor Mansor, 32.

Menurutnya, empat yang terselamat adalah Mohamad Danish Uqasha, 9, Dhia Medina, 5, Damiaa Melissa, 2, dan seorang lagi masih belum dikenal pasti.

“Kenderaan yang terlibat merupakan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujarnya lagi, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan telah ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Menurutnya, dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan Rescue Tool, bagaimanapun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Empat kanak-kanak yang terselamat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan