33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Tok Mat tidak dapat ‘kempen’ kerana terkena jangkitan influenza

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu beliau terkena jangkitan influenza.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau memberitahu mengenai keadaannya menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook semalam.

Sehubungan dengan itu, Mohamad yang dikenali sebagai Tok Mat memohon maaf kepada pengundi DUN Rantau dan jentera Barisan Nasional (BN) serta Kerajaan Perpaduan kerana tidak dapat turun berkempen buat masa ini.

Katanya, doktor mengarahkan beliau berehat sementara waktu dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“Saya ‘down’ kerana influenza, batuk teruk dan demam, doktor saya suruh jangan keluar takut berjangkit,”katanya.

Advertisements

Sementara itu, beliau turut berpesan kepada jentera untuk meneruskan gerak kerja terutama di kawasan pusat daerah mengundi (PDM) khususnya yang dijadualkan untuknya turun padang.

“Saya minta maaf banyak-banyak, saya harap dapat jumpa dengan seberapa ramai pengundi selepas sembuh nanti InsyaAllah,” kata Menteri Pertahanan itu.

Beliau membuat penampilan kelima bertanding kerusi DUN Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.

Mohamad menghadapi tentangan satu lawan satu daripada calon Perikatan Nasional (PN) yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan bagi merebut kerusi itu dalam PRN kali ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan