32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tok Mat kekal galas Ketua Jentera Pilihan Raya UMNO

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan terus mengetuai jentera pilihan raya buat parti tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam.

“Jadi kesiapsagaan ini di mana Datuk Seri Mohamad adalah pengarah keseluruhan untuk jentera bagi seluruh pilihan raya sama ada pilihan raya umum, negeri dan pilihan raya kecil,” kata Zahid.

Sementara itu, Zahid juga mengumumkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Ketua Jabatan Pilihan Raya untuk membantu Mohamad bagi gerak kerja parti itu dalam menghadapi pilihan raya.

“Ketua Jabatan Pilihan Raya, Datuk Seri Rezal Merican akan berada di ibu pejabat bagi mengetuai semua gerak kerja dan mengkoordinasi dengan Timbalan Presiden selaku pengarah keseluruhan dan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri,” jelasnya.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyatakan UMNO kini dalam usaha menggerak jentera parti ke arah pendigitalan sebagai kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya. – EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan