29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Konsert Jilid Akhir : Ella Puteri Kota ke Pulau Pinang

Mesti Baca

ATAS kejayaan konsert Jilid Akhir : Ella Puteri Kota yang berjaya memecahkan rekod artis Malaysia dengan penjualan tiket licin dalam masa 24 jam, Ella kembali dengan siri jelajah konsert dengan lokasi ketiga di Pulau Pinang selepas Singapura.

Bertempat di Spice Arena, Bayan Lepas, konsert yang bermula jam 8 malam itu akan berlangsung pada 28 Oktober depan.

Berkongsi perasaannya, Ella mengucapkan rasa syukur di atas kerjasama padu pasukan yang menjayakan siri konsert berkenaan.

“Alhamdulillah terima kasih kepada semua penonton yang hadir menyaksikan konsert saya untuk kedua-dua malam, semestinya saya sangat merindukan momen itu.

“Saya juga nak ‘habaq’ yang saya anak kelahiran Gelugor, kerana itulah kita memilih Pulau Pinang dan sebagai menghargai permintaan semua peminat tersayang terutamanya di belah utara,” katanya.

Selain giat mempromosikan siri jelajah konsert, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’.

Advertisements

“Sebagai seorang penghibur, saya tersentuh dengan cerita peminat yang hadir di konsert, antaranya seorang anak telah menghadiahkan tiket konsert buat kedua ibu bapanya yang juga ‘die-hard fans’ saya dan mereka sangat ‘enjoy’.

“Disebabkan momen-momen beginilah yang menjadi pemangkin bagi saya untuk meneruskan konsert ini di beberapa lokasi lagi dan Pulau Pinang menjadi pilihan seterusnya. Perancangan konsert ini telah dilakukan awal, cuma tarikhnya baharu sahaja kami putuskan,” katanya.

Masih mengekalkan tema ‘Rock Glam’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar 2 jam setengah itu akan disajikan dengan kira-kira 25 hingga 30 buah lagu bergantung dengan permintaan dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.

“Saya kini sedang giat menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu serta aktiviti rutin kecergasan demi membina stamina yang jarang-jarang saya tinggalkan.

“Dari segi susunan muzik pula pastinya ada kelainan bersesuaian dengan konsep konsert nanti di bawah kelolaan pengarah muzik, Datuk Acis yang dilatari dengan sembilan pemuzik profesional dan 20 orang penyanyi koir sewaktu malam konsert.

Pembelian tiket konsert layari www.hitmanlive.com. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan