33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Masjid baharu dibina hasil peninggalan Almarhum Tunku Abdul Jalil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyumbang wang peninggalan anaknya baginda, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil bagi pembinaan sebuah masjid baharu.

Dalam hantaran di laman sosial rasmi menerusi Royal Press Office (RPO) baginda bertitah, masjid itu akan dibina di Jalan Kolam Air.

Titahnya, sebagai penerima faraid Almarhum Tunku Abdul Jalil, baginda bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah enggan mengambil wang peninggalan Almarhum.

“Sebagai ibu dan bapa Almarhum Jalil, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menyumbangkan peninggalan Almarhum kepada kerajaan negeri untuk dibina masjid baharu ini yang saya akan namakan sebagai Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil,”titah Baginda.

Baginda bertitah, pecah tanah bagi memulakan kerja-kerja pembinaan dijangka sebelum bulan November 2023 dan masjid itu direka bentuk oleh baginda sendiri.

Advertisements

“Saya mengambil inspirasi daripada Istana Bukit Serene untuk reka bentuk masjid ini, dan ia bakal memuatkan kira-kira 1,000 jemaah apabila siap nanti,”titah Sultan Johor.

Terdahulu, Baginda berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Ir. Abu Bakar Abd Aziz.

Dalam pertemuan itu, Sultan Ibrahim dipersembahkan tentang perancangan pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil dan turut meninjau model binaan masjid itu.

Pada 5 Disember 2015, anakanda keempat Sultan Johor, mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan