27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Tok Mat beri bayangan pertahan DUN Rantau, tanding Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Penyandang kerusi DUN Rantau sejak tahun 2004 itu optimis mahu mempertahankannya dan yakin pengundi di situ, yang mencerminkan imbangan penduduk berbilang kaum di Malaysia, akan terus memberi sokongan kepada BN.

“Pengundi Melayu di sini setakat 51 peratus sahaja jadi ia perlu diurus dengan baik, insya-Allah saya akan terus mempertahan kerusi DUN Rantau pada PRU-15.

“Memandangkan saya Timbalan Presiden UMNO, saya juga perlu bertanding di kawasan Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas program Semarak Merdeka hari ini.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu tidak menyatakan kawasan Parlimen yang bakal ditandinginya.

Baca juga:   'Smart city' mampu lonjak pembangunan Johor - Onn Hafiz

“Ini kerana sebagai Timbalan Presiden dan kepimpinan kanan parti, kita perlu berada di peringkat kebangsaan untuk menguruskan parti dan insya-Allah, kalau diberikan keyakinan oleh pengundi… menubuhkan kerajaan di peringkat pusat,” katanya.

Sementara itu, mengulas senarai calon BN di Negeri Sembilan, beliau berkata sehingga kini perkara itu masih belum dibincangkan dan fokus gabungan politik itu ialah memperkuat jentera parti bagi menghadapi PRU-15.

“Saya turun ke negeri-negeri termasuk Negeri Sembilan untuk melihat kesiapsiagaan parti dan keperluan kita menggerakkan jentera di peringkat akar umbi… soal calon masih belum dibincangkan atau belum lagi sampai ke tahap itu,” katanya. – BERNAMA

Baca juga:   PM tinjau persiapan terakhir Pusat Pemberian Vaksin di IKN

Terkini

Solat jenazah ghaib buat Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di...

Lagi Artikel Berkaitan