36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UMNO Kedah tidak terima jemputan daripada Pas – Jamil Khir

Kenyataan ini sebenarnya adalah tidak benar dan dikhuatiri akan mengelirukan pembaca di luar sana

Mesti Baca

UMNO Kedah dan pemimpinnya tidak menerima sebarang jemputan daripada Pas untuk menghadiri Muktamar Tahunan Ke-68 parti itu di Alor Setar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa parti itu ada menjemput UMNO dan pemimpinnya tetapi tiada respon adalah tidak benar.

“Kenyataan ini (Takiyuddin) sebenarnya adalah tidak benar dan dikhuatiri akan mengelirukan pembaca di luar sana,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Jamil Khir berkata, tiada sebarang undangan mahupun jemputan yang diterima daripada pihak Setiausaha Agung Pas Pusat mahupun mana-mana wakil Pas.

Beliau berkata, penting bagi UMNO Kedah untuk menjelaskan situasi tersebut dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk yang tidak diingini wujud kelak.

“UMNO Negeri Kedah juga ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan tidak benar yang dikeluarkan oleh pihak Setiausaha Agung Pas Pusat tersebut.

JAMIL KHIR BAHAROM

“Semoga penjelasan ini dapat mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul kelak di kalangan para pembaca,” katanya.

Muktamar Pas Tahunan berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar bermula Khamis lalu sehingga hari ini dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi.

Media melaporkan, tidak ada seorang pemimpin UMNO hadir pada muktamar kali ini walaupun dijemput sejak Muafakat Nasional (MN) dimeterai pada 2019.

Ini berbeza dengan muktamar terdahulu apabila pemimpin UMNO hadir muktamar di Kuala Nerus, Terengganu pada 2018 dan muktamar di Kuantan, Pahang pada 2019.

Muktamar 2020 diadakan secara ringkas dan disiarkan secara maya di Pengkalan Chepa, Kelantan kerana kekangan Covid-19 manakala muktamar tahun lalu, UMNO tidak dijemput.

Takiyuddin Hassan dalam sidang media hari ini mengesahkan partinya menjemput UMNO kali ini.

“Saya mengesahkan kita menghantar jemputan kepada semua pimpinan UMNO daripada presiden sampai ke Majlis Kerja Tertinggi.

“Tetapi tidak dijawab mereka dan tidak hadir,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan