32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dr Mahathir keluar IJN, sambung kuarantin di rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini disahkan positif Covid-19, 31 Ogos lalu kini telah dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Pejabat Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi memaklumkan perkara tersebut.

“Dr Mahathir telah dibenar keluar dari IJN pada jam 9.30 pagi hari ini. Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN setelah disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.

“Dr Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa, 6 September,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Dr. Mahathir, 98, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.

Pada awal tahun ini iaitu 7 Januari lalu, beliau menjalani prosedur perubatan elektif dan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

Pada 16 Disember tahun lalu, Pengerusi parti Pejuang itu turut dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan