25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KSU dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MKI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuatkuasa 30 Jun lalu sehingga 29 Jun 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pelantikan Mohd. Zuki diperkenan pada Mesyuarat Majlis Raja Raja (MRR) Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun lalu.

Beliau berkata, watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Pengerusi MKI pada 1 September lalu.

“Jawatankuasa ini telah dinaik taraf dari Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia (PKJ) yang sebelum ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim.

“Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri setelah mendapat perkenan Raja Pemerintah di negeri tersebut, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan dua orang ahli yang dilantik oleh MKI dengan perkenan MRR.

“Jawatankuasa yang diurusetiakan oleh Jakim ini ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk membincangkan perkara dasar berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, jawatankuasa itu antara lain akan memastikan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia pada tahap terbaik selari dengan undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa selaras dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Hakimah berkata, jawatankuasa itu juga bertindak sebagai kumpulan pemikir yang menentukan dasar-dasar berkaitan tadbir urus terbaik hal ehwal Islam di Malaysia serta bertanggungjawab menyelaras dan mewujudkan keseragaman dalam pentadbiran dan pelaksanaan hal ehwal agama Islam di Malaysia. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan