26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes ‘Long Tiger’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan berkaitan ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, wanita berusia 25 tahun itu sepatutnya perlu hadir perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pada 7 dan 8 Sept ini, namun gagal dihubungi.

Beliau berkata, saksi telah gagal dihubungi sejak dua tahun lepas bersabit dengan satu kes pemerasan, melalui laporan yang dibuat di Balai Polis Bukit Gambir, dekat Tangkak.

Advertisements

“Kami mengharapkan orang ramai yang mengenali saksi agar dapat memberitahunya agar saksi dapat hadir ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadhil berkata, sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Intan Norathirah Mohd Suhaidi di talian 016-988 3520.-BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan