28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ismail Sabri tak pernah rayu untuk terus jadi Perdana Menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Ismail Sabri, 62, selaku plaintif.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pembelaan yang difailkan oleh pemilik Agenda Daily Media Enterprise, Muhamad Izwan Mohd Zubit, yang disaman berhubung penerbitan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ yang didakwa memfitnah Perdana Menteri.

Ismail Sabri mendakwa, beliau percaya bahawa Muhamad Izwan tidak hadir pada ceramah yang diadakan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada 29 Jan lepas.

Advertisements

“Dalam ceramah itu, saya telah memberi ucapan yang dirujuk oleh berita-berita yang diterbit oleh surat khabar tempatan.

“Pada masa material sebelum penerbitan artikel itu, defendan tidak menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan atau penjelasan berkenaan dengan ucapan di konvensyen berkenaan.

“Sebaliknya, defendan telah secara melulu merujuk kepada artikel-artikel yang diterbit oleh surat khabar tempatan semasa menerbitkan artikel itu yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap saya,” kata Ismail Sabri di dalam jawapan kepada pembelaan itu yang difailkan pada 6 April.- Bernama

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan