31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pelitup muka SIRIM: Kerajaan Ismail Sabri utamakan rakyat

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Suadara Pengarang,

‘Poligimik-poligimik’ bersifat politik yang cuba dimainkan beberapa pihak berkaitan isu pelitup muka dan akuan SIRIM adalah jelas bermotifkan kepentingan politik yang cuba mengelirukan rakyat semata-mata, lebih-lebih lagi pada fasa peralihan ke endemik yang kini sedang berkuat-kuasa.

Serangan bermotifkan untuk mengelirukan rakyat tersebut jelas bagi memancing emosi dan amarah rakyat semata-mata.

Sedangkan rakyat pada hari ini lebih celik, bijak dan cakna dalam menapis serta menyaring maklumat-maklumat yang diterima mereka.

Namun kerajaan yang menggalas naratif ‘Keluarga Malaysia’ jelas lebih peka akan suara-suara rakyat pada hari ini, sehingga memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) pelitup muka bukan perubatan ke 1 Januari 2023.

Sepeka itulah kerajaan pada hari ini akan suara-suara rakyat yang merupakan keutamaan dan kepentingan terbesar kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, hari ini.

Isu pewartaan penggunaan tersebut bukan hanya berlaku ke atas pelitup muka semata-mata, namun turut merangkumi pelbagai barangan dan produk-produk harian yang sering digunakan oleh rakyat negara ini seperti rokok elektronik, tayar pnuematik kereta, pelapik brek gantian kereta dan lain-lain.

Kesemua tindakan pewartaan ini bertujuan menjaga rakyat negara ini semata-mata tanpa melibatkan kepentingan peribadi dan politik.

Malah tindakan denda juga hanya akan dikenakan kepada pengilang atau syarikat dan pembekal semata-mata bila mana ia dikuatkuasakan.

Rakyat tidak akan didenda secara semborono sebagaimana naratif yang dimainkan oleh pihak yang bertentangan, namun yang jelas dan nyata ialah rakyat negara ini akan terus menerus dijaga dan terjaga dengan pelbagai pembaharuan polisi yang lebih bersifat efektif dan efisien.

Mengapa ianya tidak dikuatkuasakan lebih awal? Jawapan yang tepat ialah kerana kerajaan dalam keadaan yang tidak stabil sehingga berlaku perubahan pentadbiran Pusat beberapa kali.

Namun, di bawah aspirasi ‘Keluarga Malaysia’, kerajaan mahu lebih bersiap sedia menghadapi sebarang situasi luar jangka yang mungkin akan berlaku di masa hadapan.

Demikianlah rasional dan kewajaran tindakan serta pelaksaan polisi yang bakal dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023 kelak.

Kerajaan ini akan kekal telus dan terus menerus menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia di sampinh menjadi sebuah kerajaan yang peka terhadap suara-suara jelata.

RAKYAT PRIHATIN

Kuala Lumpur

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan