28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Saya mahu lepak di Malaysia, layan bazar Ramadan’ – Chong Wei

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei belum berhasrat untuk menjadi jurulatih walaupun mendapat banyak tawaran dari luar negara.

Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia dalam satu ciapan di Twitter berkata, buat masa ini beliau memilih untuk tidak meninggalkan negara.

“Memang benar saya dapat tawaran, sudah pasti saya masih cinta terhadap sukan badminton, tetapi buat masa sekarang saya tidak berniat untuk menjadi jurulatih.

“Saya akan terus lepak di Malaysia, layan bazar Ramadan dan tunggu jemputan open house raya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Chong Wei menerima beberapa tawaran luar bagi melatih skuad badminton negara terbabit.

Bagaimanapun, beliau masih enggan mendedahkan negara mana yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet apabila ada yang menyifatkan keputusan berkenaan merupakan simbol anak Malaysia.

“Comel, LCW (Lee Chong Wei) memang simbol anak Malaysia sebenar,” kongsi Ema di ruangan komen Twitter Chong Wei.

Sementara itu, bagi Ustazzorro pula, dia menggelarkan Chong Wei sebagai ‘abang perpaduan negara’.

Tidak kurang juga warganet yang meninggalkan komen santai menjemput serta mencadangkan Chong Wei datang ke Bazar Ramadan tertentu bagi membeli juadah serta ke majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sudah lama tidak dapat diadakan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan