25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Ahmad Zahid dapat pasport bagi tunai umrah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasportnya bagi mengerjakan umrah.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan Ahmad Zahid mendapatkan dokumen itu hari ini kerana beliau memerlukannya untuk proses membuat visa.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO akan mengerjakan umrah bermula 21 hingga 30 April ini.

Memetik laporan BH Online, Sequerah membenarkan permohonan bagi pelepasan pasport itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan bahawa pendakwaan tidak membantah permohonan berkenaan.

Raja Rozela berkata, oleh kerana tarikh untuk mengerjakan umrah itu bertindih dengan tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan sebelum ini, maka hari perbicaraan yang dilapangkan sepatutnya digantikan dengan tarikh baharu.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, pembelaan berharap pasport anak guamnya diberikan serta merta kerana ia diperlukan untuk memudahkan urusan proses visa.

Katanya, Ahmad Zahid akan mengaku janji untuk memulangkan pasport itu pada 5 Mei ini.

Baca juga:   690 'bookie' Piala Dunia ditahan, rampasan RM23 juta

Sequerah kemudian menetapkan 13 dan 15 April ini serta 1 Julai bagi tarikh gantian perbicaraan bela diri.

Ini adalah kali kedua Ahmad Zahid memohon pelepasan pasportnya selepas Sequerah pada 11 Oktober tahun lalu membenarkan beliau mendapatkan dokumen itu bagi membolehkannya menerima rawatan pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman.

Baca juga:   135,000 ujian saringan lonjak jumlah kes dikesan

Pada prosiding 13 April ini, Ahmad Zahid akan mula membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid didakwa dengan 12 pertuduhan pecah amanah, iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah pula, beliau didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Baca juga:   'Syaitan' fitnah UMNO mula bekerja keras - Zahid

Wartawan

Terkini

Ini bukan pengakhiran karier politik saya – Hishammuddin

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan