31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

MyCC giat siasat isu kartel industri ayam dan telur

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) kini sedang giat meneruskan siasatan terhadap dakwaan wujud kartel dalam industri ayam serta telur.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyCC, Iskandar Ismail berkata, selain itu pihaknya juga melakukan serbuan dan mengambil keterangan daripada perusahaan berkaitan.

Malah menurut beliau, ada pihak tertentu sudah tampil serta menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan suruhanjaya itu dalam siasatan terbabit.

“MyCC menubuhkan pasukan khas bagi melaksanakan siasatan menyeluruh berhubung isu persaingan dalam industri berkenaan, susulan arahan Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL).

“MyCC menggunakan kuasa diperuntukkan bawah Akta Persaingan 2010 bagi tujuan penyiasatan lanjut.

“Ada pihak tertentu sudah tampil dan menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan MyCC dalam siasatan melalui permohonan untuk kelonggaran bawah Seksyen 41 Akta Persaingan 2010.

Baca juga:   Sultan Selangor beli lukisan unik, papar 'watak' di Dewan Rakyat

“Rejim kelonggaran ini membolehkan mana-mana pihak yang terbabit kartel, bekerjasama dengan MyCC dalam penyiasatan untuk tujuan mendapatkan kelonggaran dalam keputusan MyCC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Iskandar lagi, industri ayam merupakan antara segmen terbesar dalam sektor pertanian di Malaysia.

Menurutnya, ia membabitkan rantaian bekalan yang luas dan pelbagai subsektor seperti pembuatan makanan ayam, pembekalan anak ayam, penternakan serta pengedaran ayam hidup.

“Proses siasatan terhadap industri ini kompleks dan akan mengambil masa, di mana bukti serta dokumen yang diperoleh MyCC melalui penyiasatan memerlukan penilaian teliti.

Baca juga:   Tabung Haji nafi wujud kartel, dakwaan tidak berasas

“Justeru, MyCC mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pihak berkepentingan yang relevan serta orang awam dalam menangani isu berkenaan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan