29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada monopoli ujian saringan di lapangan terbang – MAHB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) menjelaskan tiada monopoli oleh fasiliti operator perubatan swasta yang menyediakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 di lapangan terbang yang dikendalikannya.

MAHB berkata, dakwaan sedemikian tidak berasas kerana ujian pengesanan COVID-19 bukan sesuatu yang wajib dilakukan sebaik pengembara tiba di lapangan terbang antarabangsa negara, ketika ini.

“Kemudahan berkenaan disediakan bagi pengembara yang mahu menjalankan ujian pengesanan sebaik tiba,” kata kenyataan MAHB hari ini.

MAHB berkata, ketika ini terdapat empat operator fasiliti perubatan swasta berlainan yang menyediakan perkhidmatan di empat lapangan terbang.

Mereka ialah BP Clinical Lab Sdn Bhd untuk untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Edgenta UEMS Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulang Pinang; MYEG Services Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Gribbles Pathology (M) Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

MAHB berkata, berlaku kekeliruan membabitkan keperluan untuk melakukan ujian pengesanan RTK-Ag di lapangan terbang sebaik pengembara tiba di Malaysia, susulan beberapa laporan media berhubung perkara itu baru-baru ini.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula sempadan ditetapkan kerajaan menyatakan pengembara antarabangsa hanya perlu menjalani ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam sebaik tiba di Malaysia, di mana-mana pusat kesihatan swasta termasuk klinik dan hospital pilihan masing-masing.

MAHB berkata, pengembara antarabangsa tidak lagi perlu melakukan ujian pengesanan RTK-Ag di lapangan terbang sebaik tiba seperti yang dinyatakan beberapa laporan media.

“Kerajaan kemudian mengumumkan pengecualian ujian pengesanan pada ketibaan oleh pengembara antara Malaysia dan Singapura bagi mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing, iaitu sebahagian daripada protokol keselamatan khusus antara kedua-dua negara.

“Sejak pembukaan semula sempadan dan amalan SOP sebelum berlepas dan ketibaan untuk pengembara ke Malaysia, proses kemasukan penumpang di lapangan terbang antarabangsa negara bertambah baik dengan ketara dari segi kecepatan dan kecekapan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan