27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Projek pangsapuri 44 tingkat buat sambungan air haram

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH syarikat yang menjalankan projek pembinaan pangsapuri 44 tingkat dikesan telah membuat penyambungan bekalan air terawat secara haram daripada pili bomba.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesalahan berkenaan dikesan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor yang menjalankan aktiviti pemantauan di beberapa tapak pembinaan di sekitar Petaling Jaya.

Menurutnya, SPAN dan Air Selangor telah membuat langkah awam dengan memotong bekalan air ke atas tapak pembinaan tersebut.

“Kontraktor yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk memberi keterangan dan berdepan tindakan perundangan.

“Tindakan melampau tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, kesalahan membuat penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang dari sesalur utama awam boleh disiasat di bawah Seksyen 123 (1) AIPA [Akta 655].

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang aduan atau maklumat berkenaan penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang, para pengguna boleh menyalurkan melalui WhatsApp ke nombor 013 3885000 atau e-mel ke alamat [email protected].

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan