KEPIMPINAN Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) disaran membubarkan parti itu dan menjadi ahli parti PAS atau Bersatu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, permohonan Pejuang untuk menyertai gabungan Perkiatan Nasional (PN) ditolak kerana risau kemasukan parti baharu akan menganggu proses pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Masa dia masuk dekat PRN… parti komponen PN sudah bincang (pembahagian kerusi)… bila terima masuk ia mungkin akan mengganggu proses perbincangan yang sedang berjalan,” katanya memetik laporan FMT.
Kata Tuan Ibrahim, Pejuang wajar dibubarkan dengan menyertai PAS atau Bersatu kerana Pejuang bukan parti utama seperti UMNO dan PAS.
“Penyatuan ummah tidak akan berlaku sebab mereka (Pejuang) bukan parti utama sepertimana Umno atau Bersatu.
“Walaupun Pejuang masuk pilihan raya, ia kalah hampir semua dan mereka akui hilang deposit,” jelas Tuan Ibrahim.
Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 21 Mac lalu telah menolak permohonan Pejuang menyertai gabungan itu. – EDISI9

