25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Mufti cadang KKM tangguh pemberian dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga panduan menentukan siapa yang layak atau sebaliknya dikeluarkan.

Menurut beliau, ia berikutan kebimbangan segelintir masyarakat mendapat komplikasi dan kesan yang serius selepas mengambil dos penggalak tersebut.

Mohd Asri berkata, terdapat segelintir individu berkongsi mengenai kesan sampingan yang dialami susulan suntikan dos ketiga itu kepada mereka.

“Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan dengan yang tiada komplikasi, namun setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya hari ini.

Mohd Asri juga tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang telah mengurangkan COVID-19.

Advertisements

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya terus hidup dalam penafian, ia suatu perkara yang tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka.

Sebelum ini, Mohd Asri turut menggesa KKM memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

Ini berikutan bapanya yang mengalami gejala muntah serta menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin COVID-19 dan kini sudah lebih seminggu di hospital.

Menurut Mohd Asri, ayahnya terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala dan puncanya belum jelas.

Beliau turut mempersoalkan adakah komplikasi terhadap ayahnya itu ada kaitan dengan dos penggalak atau sebebaliknya dan hanya pakar yang dapat menjelaskan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan