24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKM saran dapatkan dos vaksin penggalak

Saranan itu terutamanya untuk petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi menyarankan kepada semua untuk mendapatkan dos vaksin penggalak susulan perkembangan terkini situasi COVID-19 di China.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata saranan itu terutamanya untuk petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

“Melihat kepada perkembangan terkini di negara China, KKM ingin menyarankan kepada semua untuk mendapatkan dos vaksin penggalak terutamanya barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

“Walaupun terkini kes dalam negara masih terkawal dan menurun, kita perlu mengambil tindakan bersiap siaga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Advertisements

Dr Noor Hisham turut berkongsi gambar dan infografik mengenai potensi penularan virus terbabit.

Terdahulu, KKM mengambil maklum mengenai situasi semasa perkembangan jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Disember lalu.

Dalam sidang media berkenaan pihak WHO menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan semasa yang dilaporkan berlaku di China, yang melibatkan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Sehubungan dengan itu, Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan media Selasa lalu, memaklumkan KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID -19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan