24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KKM wajar kaji kesan sampingan dos penggalak – Mufti Perlis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan perlu mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai, kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Saranan itu dibuat berikutan bapanya yang mengalami gejala muntah serta menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin COVID-19 dan kini sudah lebih seminggu di hospital.

Menurut Mohd. Asri, bapanya sekali lagi terkena serangan strok di bahagian yang sensitif, iaitu di kepala dan puncanya belum jelas.

Beliau mempersoalkan sama ada masalah kesihatab dihadapi bapanya mempunyai kaitan dengan dos penggalak atau sebaliknya.

“Kebetulan minggu sebelum itu, ada anak seorang sahabat meninggal setelah jatuh sakit mengejut selepas dos ketiga. Beliau (anak sahabat) sebelum itu sihat. Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau, orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci.

“Mereka hanya kata lepas vaksin nombor 3, tak pasai-pasai dia sakit, lepas tu meninggal. Mungkin juga ada punca lain. 

“Sebelum itu, ada juga orang yang rapat dengan saya yang menceritakan seorang bakal ahli jemaah umrah beliau yang ambil dos penggalak sebagai syarat umrah, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal. Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan? Kena kajian pakar,” katanya menerusi Instagramnya.

Advertisements

Kata Mohd Asri, ramai orang telah berkongsi situasi seperti itu di media sosial.

“Apapun, pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai. 

“Ramai yang menyebut hal ini di sosial media. KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” katanya.

Sementara itu, Program Perkhidmatan Farmasi KKM sedang menyiasat berhubung kejadian kesan advers susulan imunisasi (AEFI) membabitkan bapa Mohd Asri.

Katanya, pihak NPRA telah menghubungi hospital berkenaan bagi mendapatkan laporan mengenainya dan sedang menyiasat perkara itu.

“Pihak NPRA telah menghubungi hospital yang berkenaan dan mereka dalam proses menyiasat dan menyediakan laporan AEFI,” kata Program Perkhidmatan Farmasi KKM. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan