27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 21, 2022

Pengunjung Batu Caves bantu wanita bersalin dalam kereta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SAMBUTAN perayaan Thaipusam tahun ini di Batu Caves, Kuala Lumpur nyata lain dari yang lain kali ini bagi sekumpulan pengunjung apabila membantu menutup cermin kenderaan yang dinaiki seorang wanita yang berhadapan detik-detik cemas melahirkan anak sebelum sempat sampai di hospital.

Situasi itu dikongsikan sendiri oleh seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Tamil, Savantharaja menerusi Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, dia hadir di kuil berkenaan pagi ini bagi bersembahyang sempena Thaipusam dan ternampak sorang wanita sedang menjerit meminta tolong di dalam sebuah kereta di luar kuil.

“Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta. Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi).

“Masa baby (bayi) selamat dilahirkan, saya bagitau ‘Kakak, you and your baby are blessed. Rasa gembira dia selamat timang baby girl,” tulis wartawan itu.

Baca juga:   Keluarga Malaysia bantu kedudukan Indeks Pemulihan Covid-19

Menurut Savantharaja, sebaik ambulans tiba, bayi berkenaan sudah pun selamat dilahirkan.

“Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie (swafoto) dengan bapa kepada bayi tu untuk kenangan,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook yang lain rata-ratanya memuji semangat rakyat Malaysia yang saling bantu-membantu tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan latar belakang.

Perkongsian berkenaan mulai tular dan mendapat pujian.

Menurut pemilik akaun dengan nama, Intansharmiza Zakaria, dia mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan tersebut.

Baca juga:   Temu janji secara dalam talian untuk daftar bayi

“Sebenarnya kita Malaysia masih bersatu hati antara rakyat jelata. India bantu Melayu, Melayu bantu Cina. Cina bantu India,” kongsinya.

-EDISI9

Terkini

Lebih setengah juta pelancong asing memasuki negara sejak 1 April

SEKTOR pelancongan yang paling teruk terjejas ekoran pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu kini kembali menampakkan pertumbuhan positif, kata...

Lagi Artikel Berkaitan