Monday, June 15, 2026

Emma Maembong timang anak kedua

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKON dan model, Emma Maembong selamat melahirkan cahaya mata keduanya hari ini.

Perkhabaran gembira pasangan tersebut dikongsikan suaminya, Muhammad Shazli Azhar menerusi Instagram.

Bersyukur atas kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka, suaminya bagaimanapun tidak mendedahkan nama anak keduanya itu.

“Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang lagi bayi lelaki dengan berat 3.4 kilogram.

“Kelahiran normal, Allah Maha Besar. Shariq Gabriel sudah menjadi seorang abang,” katanya hari ini.

Emma pada Mac lalu mendedahkan kepada umum mengenai jantina kandungannya yang sebelum ini menjadi teka-teki peminat.

Sebelum ini, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu membuat kejutan apabila melakukan prank dengan meminta Shazli membuat ulasan satu produk sebelum suaminya menemui alat penguji kehamilan yang disorok di dalam kotak tersebut.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Shariq Gabriel yang dilahirkan pada 8 November 2020. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan