32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mira Filzah selamat bersalin anak sulong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON dan pengacara jelita Mira Filzah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri suaminya, Wan Emir menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Emir atau nama sebenarnya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memaklumkan anak mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” kongsinya menerusi Instagram, hari ini.

Emir turut memaklumkan Mira dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan sihat selain mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

Advertisements

“Putera sulung kami bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” katanya.

Hantaran berkenaan dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada kenalan artis dan juga peminat.

Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat mendirikan rumah tangga bersama Emir, 31, yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar pada 3 September 2020.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan