25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

10 tahun menanti, Min Yasmin dan Julfekar timang cahaya mata

Mesti Baca

SELAMA 10 tahun menantikan cahaya mata, pasangan selebriti, Min Yasmin dan suami, Julfekar Ahmad Shah akhirnya selamat menyambut bayi lelaki pada tarikh sambutan Hari Malaysia, baru-baru ini.

Min yang juga penyanyi selamat melahirkan bayi lelaki sulung di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Sabah (HWKKS) di Kota Kinabalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Julfekar menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Julfekar  meluahkan rasa bersyukur walaupun bayinya dilahirkan pramatang.

“Penantian cahaya mata setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga bersama. Syukur, Min telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Hari Malaysia 16 September jam 7.49 malam.

“Min telah dikejarkan ke HWKKS dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal. Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah serta merta,” tulisnya.

Julfekar memohon doa daripada semua untuk keselamatan dan kesihatan anak mereka yang berusia 30 minggu itu.

Advertisements

“Mohon doakan keselamatan dan kesihatan sepenuhnya bayi pramatang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan setengah) ini.

“Semoga anak kami ini mampu membesar dengan sihat seperti anak-anak yang lain. Semoga anak ini menjadi seorang anak yang soleh dan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan keluarga,” katanya.

Julfekar yang kini berada di Filipina berkata, dia akan pulang ke Sabah dengan segera selepas kerjanya selesai.

“Beberapa hari sebelum Min bersalin, saya sudah terbang ke Filipina. Saya hendak pulang terus ke Sabah sebaik menerima berita itu tetapi Min meminta supaya menyelesaikan segala tugasan terlebih dahulu selain meminta supaya tidak terlalu bimbang tentang keadaannya kerana ibu bapa Min juga sudah tiba di sana menemaninya,” katanya.

Julfekar berkata, walaupun anak mereka dilahirkan pramatang dengan berat 880 gram tetapi dia bersyukur isteri serta anak mereka berada dalam keadaan selamat.

Julfekar turut memaklumkan anaknya itu perlu diletakkan di dalam inkubator untuk jangka masa dua bulan bagi tujuan pemantauan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan