28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

UM tanggung hutang pelajar sehingga RM51.20 juta

Mesti Baca

UNIVERSITI Malaya (UM) memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menanggung kenaikan hutang pelajar yang kini bernilai RM51.20 juta sehingga 30 Jun lalu.

Menurut universiti tersebut, jumlah berkenaan meningkat berbanding 47.33 juta pada 31 Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, UM terpaksa melaksanakan polisi kutipan hutang pelajar atau Zero Balance Policy yang telah diperkenalkan sejak 2021 lalu dengan ketetapan yang tertentu.

“Pihak Universiti berkeyakinan bahawa berdasarkan ketetapan tersebut, pelaksanaan polisi ini tidak akan membebankan pelajar dan mampu membantu usaha universiti dalam menangani isu penghutang pelajar yang dihadapi oleh UM,” kata universiti itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pelaksanaan polisi tersebut dibuat berdasarkan bahawa bagi pelajar yang berhutang di bawah tajaan, pendaftaran untuk semester berkenaan adalah dibenarkan.

Seorang pempengaruh media sosial yang juga pelajar UM membantah Zero Balance Policy yang didakwa membebankan pelajar. – Sumber: Instagram

Bagaimanapun pelajar berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan pihak penaja mereka membuat penyelesaian hutang tersebut.

“Justeru, pelajar di bawah tajaan boleh berhubung secara terus dengan pihak Jabatan Bendahari UM dalam perkara-perkara yang melibatkan yuran tajaan dan perihal pendaftaran,” katanya.

Advertisements

UM juga mendapati hanya kurang dari 4 peratus pelajar yang berkemungkinan terkesan kerana tidak mengemas kini status penajaan atau mempunyai tajaan/bantuan pendidikan atau benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

Sehubungan itu, katanya, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar (BHEP) akan menyelaras sebarang rayuan untuk permohonan bantuan kewangan tertakluk kepada kelayakan.

Jelas UM, pelajar dalam kategori tersebut juga dibenarkan mendaftar tetapi perlu menyelesaikan baki yuran sebelum minggu ketujug sesi akademik untuk Semester 1 2023/2024.

“Pentadbiran Universiti memberi jaminan bahawa semua permohonan dan rayuan yang diterima akan disemak dan diproses dengan kadar segera,” katanya.

Semalam, seorang pempengaruh yang juga didakwa Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UM membantah tindakan universiti itu yang diarah melunaskan yuran pengajian dalam tempoh seminggu sebelum pendaftaran subjek.

Dengan menaikkan sepanduk “universiti lubuk ilmu atau duit” pempengaruh tersebut mendakwa Zero Balance Policy yang diperkenalkan oleh universiti tersebut membebankan.

“Bayangkan bagaimana dengan nasib mahasiswa atau mahasiswi daripada golongan B40? Bagaimana dengan mahasiswa yang masih belum disalurkan biasiswa/PTPTN? Adakah ini pembawaan Universiti Nombor 1 di Malaysia?” katanya menerusi Instagram. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan