34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ismail Sabri harap tumpu usaha bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agensi-agensi penyelamat menumpukan sepenuhnya usaha membantu mangsa banjir.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menzahirkan perasaan sedih beliau sebaik menerima perkhabaran Keluarga Malaysia terjejas akibat banjir.

Menurutnya, antara kawasan yang terjejas adalah di Sabah, Sarawak dan Johor terutamanya di Kota Tinggi dan Segamat.

“Saya berharap agensi-agensi penyelamat menumpukan sepenuhnya usaha membantu mereka yang terlibat.

“Diharapkan Keluarga Malaysia yang berada di kawasan banjir tabah menghadapi dugaan ini serta sentiasalah mengawasi anak-anak kecil, warga emas atau orang kurang upaya daripada sebarang marabahaya bencana.

“Sama-sama kita doakan agar bencana ini cepat pulih dan kembali seperti sediakala,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Sementara itu, sehingga pukul 9.30 malam, berdasarkan maklumat dalam portal infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 15,044 mangsa banjir dicatatkan di seluruh negara membabitkan enam buah negeri.

Menurut data berkenaan, jumlah tersebut membabitkan 4360 jumlah keluarga yang ditempatkan di 155 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Johor, sebanyak 131 PPS telah di buka menempatkan 14, 354 mangsa; manakala, di Pahang sebanyak 12 PPS telah di buka menempatkan 232 mangsa; diikuti di Negeri Sembilan enam PPS dibuka membabitkan 197 mangsa.

Di Sarawak pula, terdapat tiga PPS di buka menempatkan 128 mangsa; manakala di Melaka, dua PPS di buka membabitkan 25 mangsa dan satu PPS dibuka di Sabah membabitkan 108 mangsa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan