26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 29, 2022

Dollah Salleh terselamat, MPV dinaiki terlibat kemalangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGURUS pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh bersama isteri dan anak-anaknya terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, Negeri Sembilan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan laluan arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa tidak cedera namun Dollah dan isterinya, Roslina Ibrahim, 58, mengalami kesakitan di bahagian belakang tengkuk dan dada.

Baca juga:   Anggota polis mengaku tak bersalah terima sogokan RM16,000

“Mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya.-Edisi 9

Terkini

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa...

Lagi Artikel Berkaitan