26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Tapak lupus sampah terbakar, 10 sekolah ditutup sementara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong, Tebal, Pulau Pinang, sebanyak 10 buah sekolah berhampirannya terpaksa ditutup selama tiga hari bermula esok hingga 21 Januari ini.

Sekolah-sekolah terbabit ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Teik; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong; SJKT Nibong Tebal; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa; SK Keledang Jaya; SJKT Ladang Changkat; SMK Methodist, SK Methodist dan SK Nibong Tebal.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Selatan (KPPDS), Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Bencana Daerah diadakan, semalam.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mendapati indeks pencemaran udara di kawasan sekolah terbabit dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) berada pada tahap AEGL 3 (Acute Exposure Guidelines Level) iaitu kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk.

“Hasil daripada keputusan mesyuarat tersebut, maka kita memberi kebenaran kepada 10 sekolah yang berkenaan untuk menutup sesi persekolahan bermula 19 hingga 21 Januari ini.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Selatan (PPDS) akan memaklumkan selewat-lewatnya pada Sabtu ini tentang status pengoperasian sekolah semula berdasarkan keputusan dan nasihat dari Jawatankuasa Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Katanya lagi, dalam tempoh penutupan operasi tersebut, murid-murid akan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Pihak sekolah diminta untuk memaklumkan kepada guru-guru dan ibu bapa tentang perkara itu.

“Selain itu, pihak sekolah juga diminta supaya memaklumkannya kepada pengusaha kantin, pengusaha bas dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan persediaan awal.

“Pihak sekolah turut diminta menyediakan petugas pada pagi Rabu bagi menguruskan murid sekiranya mereka hadir disebabkan tidak menerima maklumat penutupan ini.

“Sepanjang tempoh itu juga, warga sekolah diminta untuk memakai pelitup muka, mengurangkan aktiviti luar dan sekiranya tidak sihat, segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan