29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Nasib lelaki tinggal di bawah landasan LRT dapat perhatian KPKT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membantu seorang lelaki yang tular di media sosial ditemui tinggal di bawah landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Seri Aman, Kuala Lumpur mendapat kediaman baharu.

Lelaki terbabit, Kasturi Daim terdahulu telah bersetuju untuk menerima bantuan segera melalui inisiatif kementerian itu.

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah mengarahkan agar bantuan segera dapat disalurkan melalui inisiatif perumahan di bawah KPKT.

“Justeru itu, KPKT menawarkan sebuah rumah dan beliau menerima dengan hati terbuka, Insya-ALLAH, pasukan KPKT bersama-sama pasukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membantu proses perpindahan ke rumah baharu pada hari ini,” kata KPKT menerusi Facebooknya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mengarahkan pegawainya memberikan bantuan sewajarnya kepada Kasturi, setelah dimaklumkan oleh Ismail Sabri.

Advertisements
Keadaan tempat tinggal Kasturi Daim dan isteri di bawah landasan LRT berhampiran stesen Seri Aman, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Kasturi dan isterinya telah ditawarkan rumah PPR dan peluang berniaga di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetapi ditolak kerana mahu tinggal di Kapar, Klang.

Ahad lalu, Kasturi dilaporkan terpaksa tinggal di bawah landasan LRT berkenaan selepas tidak lagi mampu untuk membayar sewa rumahnya di Kapar kerana diberhentikan kerja.

Lebih malang, isteri Kasturi juga dilaporkan sedang sakit namun tidak dapat untuk meneruskan proses rawatan di hospital kerana masalah kewangan yang dihadapi mereka.

Dalam pada itu, KPKT turut berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsi dan menyalurkan maklumat, serta hadir bagi membantu memudahkan urusan lelaki terbabit.

“KPKT turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang cakna dan ambil berat dalam keresahan dialami Kasturi dan isterinya, KPKT akan lakukan yang terbaik demi Keluarga Malaysia,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan