33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad diarah mencari jalan penyelesaian berhubung isu kesesakan yang berlaku di plaza tol lebuh raya ekoran pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sejak kelmarin.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan sistem RFID di plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan dari Juru di Pulau Pinang dan Skudai, Johor itu dirintis oleh PLUS dan dibekalkan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG).

“Saya telah hubungi mereka (PLUS dan TnG) selepas mendapat aduan dan meminta mereka jelaskan kepada orang ramai serta cari penyelesaian… penyelesaian kepada segala isu berbangkit kepada pelaksanaan (RFID) ini.

“Apabila ia projek rintis, ada beberapa perkara akan lalui dan perlu selesaikan,” katanya.

Beliau berkata ketika selepas meninjau pembukaan Jambatan Dengkil di FT31 (Jalan Banting-Semenyih) Seksyen 20.80 di Dengkil, Sepang hari ini, lapor Bernama.

Media melaporkan keadaan di beberapa beberapa plaza tol lebuh raya itu seperti di Bandar Seri Putra, Bangi dan Sungai Besi sesak yang dipercayai berpunca daripada penggunaan RFID.

Pada 16 Disember lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022.

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet, tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai,

Fadillah berkata, pelaksanaan RFID itu adalah projek rintis iaitu dengan bilangan tol terhad dipasang teknologi RFID, manakala lorong kad TnG dan SmartTAG masih lagi dikekalkan.

“Kita belum wajibkan untuk gunakan RFID dan ia terserah kepada orang ramai untuk gunakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa KKR akan sentiasa memantau perkara tersebut dan mengambil serius aduan, supaya ia tidak menyusahkan pengguna. – Edisi 9


Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan