32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

4 PPV di Lembah Klang boleh ‘walk-in’ mulai Rabu ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang dibuka untuk perkhidmatan vaksin dos penggalak secara walk-in kepada warga emas bermula Rabu ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, tiga daripada empat PPV integrasi itu adalah PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur; PPV Axiata Arena; Bukit Jalil dan PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam.

“Waktu bermula walk-in adalah bermula pada jam 2 petang hingga 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.

“Selain itu, PPV Dewan Soka Gakkai, Klang juga dibuka untuk walk-in khusus untuk warga emas bermula 12 tengah hari sehingga 4 petang.

“Bagi PPV yang dibuka oleh pengamal perubatan swasta di luar fasiliti mereka (Offsite) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak akan turut melaksanakan perkhidmatan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas mulai 24 Januari ini.

“Senarai lengkap PPV Offsite yang terbabit akan akan diumumkan oleh ProtectHealth Corporation,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, warga emas yang ingin hadir secara walk-in adalah dimohon supaya mempunyai sijil vaksinasi digital yang lengkap dalam MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi.

“KKM juga ingin memaklumkan buat masa ini, temujanji di PPV Integrasi di Lembah Klang diberikan kepada individu yang menerima dos lengkap AstraZeneca atau Sinovac untuk diberikan dos penggalak vaksin AstraZeneca.

“Bermula Rabu ini, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan di PPV berkenaan khususnya bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang menerima temujanji atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca,” katanya.

Setakat semalam, seramai 9,364,326 atau 40 peratus populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas sudah menerima dos penggalak setakat semalam.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan-Booster (PICK-B) yang bermula pada 13 Oktober lalu sebagai satu daripada langkah mengawal pandemik Covid-19 dipertingkatkan dengan kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang iaitu empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi dibuka bermula 15 Januari lalu iaitu World Trade Centre, Axiata Arena, Ideal Convention Centre dan Dewan Soka Gakkai, Klang.

Sehingga semalam, liputan vaksinasi dos penggalak bagi warga emas berumur 60 tahun dan ke atas di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak mencapai lebih 70 peratus.- Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan