24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Institut Latihan Kemas dinaik taraf sebagai akademi

Bakal melahirkan pendidik masyarakat tabika dan taska yang cemerlang dalam pendidikan awal kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menaik taraf institut latihannya di Kuantan, Pahang untuk dijadikan Akademi Kecemerlangan Pendidikan Awal Kanak-kanak menjelang akhir tahun 2024.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun, dengan kos keseluruhan RM49 juta yang diluluskan akademi tersebut yang bakal melahirkan pendidik masyarakat tabika dan taska Kemas yang lebih berkualiti khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut beliau, akademi tersebut akan memberi fokus kepada
menaik taraf kualiti pendidikan selaras dengan hasrat Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk memastikan pendidik masyarakat memiliki ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Selain itu juga, akademi ini diharap mampu membina modul pengajaran yang berkualiti selaras dengan peredaran semasa yang memerlukan kepakaran dalam aspek teknologi terkini dan penyediakan latihan bagi mengakreditasi guru-guru tabika dan taska Kemas serta pengusaha tadika dan taska swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah menyampaikan sijil penghargaan kepada Skuad Kemas Prihatin atau Sukarelawan Kemas yang membantu misi
bantuan banjir Pahang, di Kuantan, hari ini.

Advertisements
Institut Latihan Kemas Kuantan yang akan dinaik taraf sebagai Akademi Kecemerlangan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas.

Turut hadir Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Ramlan berkata, menerusi akademi tersebut, sebanyak lima pusat kecemerlangan yang akan diwujudkan iaitu Pusat Kecemerlangan Pendidik, Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak, Pusat Kecemerlangan Ibu Bapa, Pusat Kesihatan dan Pemakanan serta Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomesilan.

“Akademi ini akan jadi pusat kecemerlangan kepada semua aktiviti yang melibatkan pendidikan awal kanak-kanak seperti latihan untuk para pendidik, pusat penggubalan modul selain penglibatan ibu bapa memandangkan penglibatan ibu bapa adalah elemen penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Projek ini sudah bermula dan status terkini adalah untuk melantik perunding dan projek dijangka siap selewat-lewatnya pada tahun 2024,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan