31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

SPP diarah segerakan pengambilan khas guru ‘one-off’

Bagi menempatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebelum sesi persekolahan akan datang bermula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Perkhidmatan Pendidikan (SPP) diminta untuk segera menyelesaikan pengambilan khas guru secara one-off.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia bagi membolehkan penempatan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dibuat sebelum sesi persekolahan akan datang bermula.

“Antara tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa ini adalah untuk menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas secara one-off bagi 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

“Ini adalah penting bagi menyediakan guru berkualiti yang mencukupi untuk memenuhi kekosongan jawatan sedia ada.

“Terima kasih SPP kerana telah selesai menjalankan temu duga bagi pengambilan khas ini dan sebahagian daripada calon berjaya telah menerima tawaran lantikan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Perkara tersebut merupakan antara isu utama dalam perbincangan beliau ketika menerima kunjungan Pengerusi SPP yang baharu, Datuk Seri Mazlan Yusoff di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata, antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkenaan pelantikan perkhidmatan guru secara kontrak dan guru interim.

Perbincangan juga turut melibatkan guru interim bagi mata pelajaran bahasa Inggeris lantikan tahun 2019 yang akan tamat kontrak pada bulan April ini.

“Saya mohon supaya SPP dapat menyegerakan segala urusan temu duga kumpulan calon guru ini.

“Begitu juga dengan urusan lantikan bagi guru interim mata pelajaran Pendidikan Islam serta guru interim JPN Sabah dan Sarawak yang mana kontrak mereka juga akan tamat tahun ini,” katanya.

Selain itu, Mohd. Radzi berkata, pihak bersama SPP akan meneliti isu berkaitan lebihan graduan pendidikan bagi mata pelajaran tertentu, termasuk graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan