32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

KKM timbang beri dos penggalak penerima vaksin Cansino

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin tunggal Cansino, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah menerima permohonan daripada Cansino berhubung dos penggalak itu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memantau data klinikal dari negara lain berhubung penggunaan dos kedua bagi penerima Cansino itu.

“Sekiranya di dapati mereka (negara luar) memberikan dos kedua selepas pemberian dos tunggal itu, kita akan mempertimbangkan.

“Berkemungkinan, penerima Cansino juga akan menerima dos penggalak selepas enam bulan diberikan pelalian berkenaan,”katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan bersama Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan remaja (PICK Remaja) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini, hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, Khairy berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah bagi perolehan bekalan Cansino berkenaan memandangkan syarikat pembekal vaksin itu sudah mempunyai kilang pengeluarannya di negara ini.

Sebelum ini, beliau memaklumkan, suntikan dos penggalak kepada orang awam akan dimulakan bulan depan.

Menurutnya, bagi dos ketiga, KKM perlu mendapatkan kebenaran NPRA sebab badan berkenaan hanya beri kebenaran untuk suntikan dua dos vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan suntikan dos ketiga atau dos penggalak dengan keutamaan kepada kumpulan rentan atau berisiko tinggi.

Mereka termasuk warga emas yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan petugas barisan hadapan yang mempunyai penyakit berisiko tinggi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan