33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kerajaan setuju laksana pemberian dos ketiga vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 sebagai usaha meningkatkan perlindungan golongan rentan daripada risiko wabak tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, pemberian dos ketiah tersebut akan tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imuniti, warga tua dan komorbiditi.

Beliau berkata, pemberian dos ketiga ini dilaksanakan apbila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara sudah mencapai 50 peratus dan ke atas.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama Ismail Sabri turut mengumumkan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) berjumlah lebih RM471.6 juta kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri mereka dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri berkata, PPC tersebut bagi meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus tersebut.

Katanya, bantuan tersebut berupa pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga), kit ujian kendiri COVID-19 (4 kita setiap keluarga), satu pulse oximeter, satu termometer, dan risalah panduan dan info kesihatan.

“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin, dengan ada atau tidak mempunyai anak ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

“Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan