26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KPM akan bantu pendaftaran murid bagi tujuan vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) akan membantu pendaftaran murid sekolah untuk tujuan vaksinasi serta mengenal pasti sekolah-sekolah untuk dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) kepada murid sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, KPM juga akan turut menyediakan petugas dan keperluan logistik untuk tujuan tersebut, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

“Kerjasama strategik KPM dan KKM ini pastinya dapat mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada murid sekolah. KPM komited melakukan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi kick-off Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Advertisements

PICK Remaja adalah program vaksinasi untuk kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Seramai 323 murid berusia 16 dan 17 tahun dari SMK Putrajaya Presint 8 (1) menjadi kumpulan pertama menerima vaksin menerusi program PICK Remaja ini.

Radzi berkata, Alhamdulillah, proses vaksinasi pagi ini berlangsung dengan teratur dan tersusun.

“Sejurus tiba, murid yang ditemani ibu bapa atau penjaga perlu mendaftar, diambil suhu badan, diikuti sesi kaunseling dan persetujuan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin,” katanya.

Jelas beliau, secara keseluruhan, terdapat seramai 377,591 murid berumur 16 tahun dan 371,676 murid berusia 17 tahun di seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan